Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

News and Event

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MINGGU KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KELESTARIAN UKM 2017

CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA MINGGU KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KELESTARIAN UKM 2017

11 Oktober 2017 (Rabu), UKM Bangi - Sempena Minggu Keselamatan, Kesihatan dan Kelestarian UKM 2017, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk mengadakan ceramah dan pameran keselamatan jalan raya sebagai salah satu bentuk kempen untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga diri ketika di jalan raya.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada lebih kurang 50 warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Panggung Seni universiti tersebut bermula jam 9:00 pagi dan berakhir jam 11:30 pagi.

2017 10 11 10.19.54WhatsApp Image 2017 10 11 at 11.01.44 AM

CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA SEMPENA KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK "SAHABAT BIJAK": SAFE & PROTECT

SKPU1 8
28 September 2017 (Khamis), Puchong - Sempena Bulan Kebajikan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Subang Jaya telah menganjurkan Kempen Keselamatan Kanak-kanak "Sahabat Bijak":  Safe & Protect bertempat di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 1 bermula jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari tadi.  Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor telah diundang untuk menyampaikan ceramah tentang keselamatan kanak-kanak atau murid ketika di jalan raya.  Ceramah telah disampaikan oleh Mohd Nizamudin bin Mohd Sahli kepada seramai lebih kurang 100 murid Tahun 5 dan 6 sekolah tersebut.
SKPU1 1

Read more...

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR): PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA

SMKSAAS 12
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS):  PROGRAM KESELAMATAN JALAN RAYA

25 Ogos 2017 (Jumaat), Kajang - Penglibatan pihak swasta dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya amat dialu-alukan.  Atas kesedaran itu, syarikat Grand Saga Sdn. Bhd. telah menganjurkan program Keselamatan Jalan Raya pada 25 Ogos 2017 (Jumaat) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang.  Penganjuran program ini juga mendapat penglibatan daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Wilayah Tengah.

SMKSAAS 1 copy
Tentatif aktiviti bermula seawal jam 8:30 pagi dengan kehadiran pelajar Tingkatan Empat serta guru pengiring sekolah tersebut ke dalam Dewan Engku Rani.  Majlis pembukaan dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil sekolah.  Seterusnya ucapan aluan daripada Puan Kamisah binti Ali selaku Pengetua sekolah.

SMKSAAS 3
SMKSAAS 4SMKSAAS 5SMKSAAS 6
Ceramah keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Puan Wan Zaleha binti Wan Daud, Penolong Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

SMKSAAS 7SMKSAAS 8SMKSAAS 9
Kuiz keselamatan jalan raya bagi menguji kefahaman pelajar.  Hadiah sumbangan Grand Saga Sdn. Bhd. dan juga Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

SMKSAAS 10SMKSAAS 11
Penyerahan sijil, cenderahati dan juga bunting "7 Tips Keselamatan Jalan Raya" antara pihak SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Grand Saga Sdn. Bhd. serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

SMKSAAS 2SMKSAAS 13
Pameran daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor serta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Wilayah Tengah.

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA "KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

JPen 1
TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA "KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

24 Ogos 2017 (Khamis), Klang - Pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan sekaligus peningkatan kematian di negara.  Yang pasti, usaha tersebut memerlukan komitmen pelbagai pihak.

Menjelangnya sambutan kemerdekaan negara yang ke-60 dan seterusnya Hari Raya Aidiladha, Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor serta bantuan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah telah menganjurkan program yang dikenali sebagai Taklimat Keselamatan Jalan Raya "Keselamatan Kita Tanggungjawab Bersama" pada 24 Ogos 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.  Tentatif aktiviti bermula jam 8:00 pagi dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dan berakhir pada jam 2:00 petang.

Objektif utama program adalah:

(1)  Memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai panduan memandu dan menunggang dengan betul;

(2)  Mengelakkan berlaku kesilapan ketika pemanduan dan juga elak kemalangan; dan

(3)  Semarakkan budaya Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi.

Antara pengisian aktiviti ialah:

JPen 2JPen 3JPen 4JPen 5

Demonstrasi penunggangan berhemah yang dikendalikan oleh Cikgu Marwan daripada Harmony Driving School, Sungai Buloh.  Antara perkara yang ditekankan ialah:

(1)  Pemeriksaan rutin terhadap motosikal;

(2)  Kebolehlihatan (pakaian, titik buta);

(3)  Sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna jalan raya ketika di jala raya;

JPen 6

Melekatkan Bahan Pemantul Cahaya (Visible Enhancement Material) pada belakang motosikal.  Sejumlah lebih kurang 50 buah motosikal telah dilekatkan pelekat tersebut.  Ianya (pelekat) mampu membantu penunggang motosikal dilihat oleh pengguna jalan raya lain dari arah belakang terutama waktu malam.

JPen 10JPen 11JPen 14

Pameran keselamatan jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Pengunjung turut berpeluang mencuba permainan komputer bagi menguji pengetahuan mereka tentang jalan raya.

JPen 12

Taklimat keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

JPen 13

Kuiz keselamatan jalan raya.

JPen 15JPen 16JPen 17

Penyampaian sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

JPen 18

Kibaran Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 pada 31 Ogos 2017 nanti. 

Hot Topics

Contact Us

QRCode

ROAD SAFETY DEPARTMENT OF MALAYSIA
Level 3, Galeria PJH, P4W Street Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Pengumuman Announcement 
Berita terkini Latest News
Teks ucapan Speech Texts
Tender, sebutharga & eBidding Tender, Quotation & eBidding
Muat turun Download