Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA "KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

JPen 1
TAKLIMAT KESELAMATAN JALAN RAYA "KESELAMATAN KITA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

24 Ogos 2017 (Khamis), Klang - Pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan sekaligus peningkatan kematian di negara.  Yang pasti, usaha tersebut memerlukan komitmen pelbagai pihak.

Menjelangnya sambutan kemerdekaan negara yang ke-60 dan seterusnya Hari Raya Aidiladha, Jabatan Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor serta bantuan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah telah menganjurkan program yang dikenali sebagai Taklimat Keselamatan Jalan Raya "Keselamatan Kita Tanggungjawab Bersama" pada 24 Ogos 2017 (Khamis) bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.  Tentatif aktiviti bermula jam 8:00 pagi dengan kehadiran peserta yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah dan berakhir pada jam 2:00 petang.

Objektif utama program adalah:

(1)  Memberikan kefahaman kepada pelajar mengenai panduan memandu dan menunggang dengan betul;

(2)  Mengelakkan berlaku kesilapan ketika pemanduan dan juga elak kemalangan; dan

(3)  Semarakkan budaya Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara agensi.

Antara pengisian aktiviti ialah:

JPen 2JPen 3JPen 4JPen 5

Demonstrasi penunggangan berhemah yang dikendalikan oleh Cikgu Marwan daripada Harmony Driving School, Sungai Buloh.  Antara perkara yang ditekankan ialah:

(1)  Pemeriksaan rutin terhadap motosikal;

(2)  Kebolehlihatan (pakaian, titik buta);

(3)  Sikap yang perlu diamalkan oleh pengguna jalan raya ketika di jala raya;

JPen 6

Melekatkan Bahan Pemantul Cahaya (Visible Enhancement Material) pada belakang motosikal.  Sejumlah lebih kurang 50 buah motosikal telah dilekatkan pelekat tersebut.  Ianya (pelekat) mampu membantu penunggang motosikal dilihat oleh pengguna jalan raya lain dari arah belakang terutama waktu malam.

JPen 10JPen 11JPen 14

Pameran keselamatan jalan raya oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.  Pengunjung turut berpeluang mencuba permainan komputer bagi menguji pengetahuan mereka tentang jalan raya.

JPen 12

Taklimat keselamatan jalan raya yang disampaikan oleh Encik Mohammad Fakhri bin Mansor, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor.

JPen 13

Kuiz keselamatan jalan raya.

JPen 15JPen 16JPen 17

Penyampaian sijil dan cenderahati sebagai tanda penghargaan.

JPen 18

Kibaran Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia ke-60 pada 31 Ogos 2017 nanti. 

Topik Terhangat

Hubungi Kami

QRCode

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Emel pro[at]jkjr[dot]gov[dot]my