Login

Font Size

Profile

Menu Style

Cpanel

Berita dan Peristiwa

Poster Kemalangan Pejalan Kaki 4.12.2017

Pejalan kaki mencatatkan golongan ketiga teratas dalam Statistik Maut Akibat Kemalangan Jalan Raya di Malaysia.

Faktor-faktor menyebabkan kemalangan di kalangan pejalan kaki adalah :

1. Langgar Lari;
2.Melintas di jalan raya sibuk;
3.Melintas bukan di tempat yang disediakan; dan 
4.Pemandu kenderaan lain yang cuai.


Pejalan Kaki Berhati-hati, Pemandu Berwaspada.
Anda Mampu Mengubahnya!
pedestrian malay 425x638pedestrian eng 425x638Pedestrian chipedestrian tamil

TMTA Motosikal 23.11.17

Kempen edaran risalah keselamatan jalan raya dan menampal stiker pantul cahaya kepada pengunjung Pasaraya Nirwana Kubang Kerian pada 23.11.2017

P 20171123 135839P 20171123 140651P 20171123 140651 copy

Ceramah KJR Sempena Minggu Suaikenal Politeknik Kota Bharu

Ceramah keselamatan jalan raya oleh Pegawai Penyelaras Projek JKJR Kelantan, Puan Hanazaine Hanafi sempena Program Minggu Suaikenal Pelajar Sesi Disember 2017 Politeknik Kota Bharu

23722723 918396348309141 7945237962171049103 n 800x53323722772 918395761642533 7701296371931797418 n 800x53323754705 918395951642514 4051175132619165550 n 800x53323754897 918395858309190 2365690184309488499 n 800x53323755701 918396018309174 6660668874887208220 n 800x53323916008 918395844975858 1616181317488740579 n 800x533

HARI MEMPERINGATI MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA SEDUNIA 19.11.2017

Program Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia Tahun 2017 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Untuk program kali ini, 20 orang pelajar daripada SMK Tanjong Mas dan SMK Panji bersama 5 orang guru pengiring dibawa melawat mangsa kemalangan jalan raya yang mendapat rawatan di HRPZII.

Antara pengisian program adalah taklimat keselamatan jalan raya oleh Pengarah JKJR Negeri Kelantan, taklimat daripada wakil Polis Diraja Malaysia mengenai perundangan yang berkaitan apabila berlakunya kemalangan jalan raya dan taklimat daripada pegawai perubatan HRPZII mengenai kecederaan dan rawatan bagi mangsa kemalangan jalan raya.

Pelajar seterusnya dibawa melawat mangsa kemalangan jalan raya di Wad Cempaka di mana mereka dapat melihat sendiri kesan kemalangan jalan raya kepada mangsa. Pelajar diberi penerangan mendalam mengenai kecederaan dan rawatan yang perlu diterima oleh pesakit selain turut berpeluang berinteraksi dengan mangsa dan keluarga mangsa. Timbalan Pengarah (Perubatan) HRPZII, YBrs.Dr. Mohd. Azman Bin Yacob, turut mengiringi pelajar melawat ke wad.

Gimik pelancaran dijalankan dengan mengadakan 'helmet crasher' dan dirasmikan oleh Pengarah HRPZII, YBhg. Datin Dr. Hjh. Selasawati bt. Hj. Ghazali diiringi Pengarah JKJR Negeri Kelantan YBrs. Cik Faridatul Nadya binti Mohamed Yusoff.

23621438 917004938448282 9075804595880689006 n23658461 917004651781644 6869220638882564341 n23658523 917005618448214 7069078777430257348 n23659186 917005371781572 2302288621793958663 n23722716 917005145114928 4212396705890396827 n23916008 918395844975858 1616181317488740579 n 800x533

Topik Terhangat

Hubungi Kami

QRCode

JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4, 62100 WP, PUTRAJAYA
T +60 3 8323 8000
F +60 3 8888 8806
Emel pro[at]jkjr[dot]gov[dot]my